Mayat sudah berulat ditemukan di kawasan hutan berhampiran Puncak Jati

Mayat sudah berulat ditemukan di kawasan hutan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Satu mayat yang sudah dalam keadaan berulat ditemukan dalam kawasan hutan berhampiran Puncak Jati, Putra Nilai, Nilai dekat sini pada pukul 10.14 malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Nilai, Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat dipercayai seorang lelali yang sudah berada dalam keadaan berulat dan berbau busuk. 

“Sepasukan anggota polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai telah digerakkan ke lokasi kejadian dan telah menemui satu mayat.

“Pemeriksaan pasukan forensik ke atas mayat mendapati, si mati telah meninggal dunia lebih dari tujuh hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, identiti si mati masih belum dapat dikenal pasti.

“Siasatan tempat kejadian telah dibuat dengan dibantu pasukan forensik dan unit anjing pengesan. Mayat dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) untuk bedah siasat,” katanya. 

“Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung penemuan mayat itu boleh menyalurkannya kepada Inspektor Mohd. Nor Nikman Ahammed di talian 013-6262415 atau mana-mana balai polis terdekat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN