'Mat Jan' curi balak diburu - Utusan Malaysia

‘Mat Jan’ curi balak diburu

SEBUAH jentolak yang digunakan dalam kerja-kerja penebangan balak secara haram dirampas di Kompartmen 4, Hutan Simpan Gunung Inas, Baling semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Jabatan Perhutanan Kedah (JPNK) memburu seorang lelaki dikenali ‘Mat Jan’ selepas disyaki terbabit dalam aktiviti pembalakan haram di Kompartmen 4, Hutan Simpan Gunung Inas, Baling sejak seminggu lalu.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK), Muhamad Abdullah berkata, lelaki yang berasal dari Kupang, Baling itu dipercayai mengupah beberapa orang pekerja bagi menebang balak di kawasan hutan tersebut melibatkan keluasan lima hektar.

Menurutnya, kegiatan yang dilakukan oleh lelaki terbabit mengakibatkan kerugian kira-kira RM300,000.

Katanya, anggotanya mengesan kegiatan pembalakan haram di kawasan berkenaan selepas mendapat maklumat daripada orang awam kira-kira jam 2 petang.

“Apabila tiba di lokasi terdapat dua lelaki berusia 40-an disyaki sedang menjalankan kerja tebangan pokok di dalam hutan simpan itu, namun mereka berjaya meloloskan diri.

“Mereka turut membina jalan sepanjang dua kilometer bagi memudahkan aktiviti memindahkan balak yang dilakukan pada waktu malam dan awal pagi bagi mengelak dihidu pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhamad berkata, hasil penggeledahan anggota bertugas berjaya menemukan kesan tebangan pokok, jentolak, mesin gergaji, motosikal.

“Sebanyak tujuh batang balak yang ditebang antaranya jenis balau, gerutu, merbau, pulai dan medang turut dirampas,” jelasnya.

Pihaknya masih menjalankan siasatan untuk mengesan sama ada kegiatan tersebut membabitkan sindiket tertentu atau persendirian.

Muhamad berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 15 Akta Perhutanan Negara 1984 yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM500,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya