Mahkamah tetap tarikh baharu kes bunuh isteri, bayi - Utusan Malaysia

Mahkamah tetap tarikh baharu kes bunuh isteri, bayi

SATVENDER Singh (kiri) di bawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 19 Ogos sebagai tarikh baru keputusan kes seorang pemandu lori, Satvender Singh, 35, yang didakwa membunuh isteri dan bayi perempuannya berusia tujuh bulan, lima tahun lepas.

Hakim, Datuk Mohd. Yazid Mustafa menetapkan tarikh baru tersebut bagi membolehkan penghakiman penuh disediakan.

“Full judgement belum siap, minggu lepas saya ada tiga keputusan kes.

“Jadi mahkamah memerlukan sedikit masa lagi dan menetapkan tarikh keputusan baru pada 19 Ogos,” katanya.

Berdasarkan pertuduhan, Satvender didakwa membunuh isterinya, D. Kamaljit, 34, dan bayi mereka, Ishilyn Kaur Sandhu, 7 bulan, di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Rawang Perdana 2, Rawang antara pukul 3.55 pagi hingga 4.15 pagi, 14 April 2016.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika disabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mary Phoon Keat Mee manakala pihak pembelaan diwakili peguam bela, Datuk Rajpal Singh.

Satvinder pertama kali dituduh di Mahkamah Majistret Selayang pada 26 April 2016.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.