Lelaki maut dipercayai ditembak tiga das - Utusan Malaysia

Lelaki maut dipercayai ditembak tiga das

KEADAAN kenderaan yang dinaiki mangsa dan ditembak oleh individu yang tidak dikenali.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki maut selepas ditembak individu tidak dikenali dalam kejadian di Ascort Hill Golf Course, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh dekat sini sebentar tadi.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari tadi, mangsa dipercayai maut sebaik tiba di hospital bagi mendapatkan rawatan.

Menurut sumber, hasil maklumat awam mendapati mangsa cedera selepas ditembak tiga das tembakan di badan.

Sementara itu, usaha Utusan Malaysia mendapatkan pengesahan Ketua Polis Daerah Sungai Buloh mengenai kejadian belum diperoleh.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya