Lelaki ditemukan meninggal dunia, lebih empat hari - Utusan Malaysia

Lelaki ditemukan meninggal dunia, lebih empat hari

MAYAT seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah rumah di Kampung Baru Chembong Halt, Rembau pagi tadi dihantar ke Hospital Rembau bagi proses bedah siasat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah rumah di Kampung Baru Chembong Halt, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden, Hazri Mohamad berkata, mangsa, Rizal Salleh, 43, ditemukan tidak sedarkan diri di bahagian ruang tamu rumah oleh abangnya yang pergi ke rumah berkenaan.

Menurutnya, abang mangsa, Shahril Salleh, 45, telah menolak pintu hadapan rumah dan mendapati adiknya dalam keadaan telentang serta tidak sedarkan diri lalu dia menghubungi talian kecemasan 999.

“Pasukan paramedik dari Klinik Kesihatan Rembau tiba di lokasi kejadian dan mengesahkan mangsa meninggal dunia. Polis telah menjalankan siasatan dan mendapati mangsa tinggal seorang diri.

“Mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih empat hari dan siasatan lanjut di lokasi tidak menemukan sebarang unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hazri berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Rembau bagi proses bedah siasat dan kes disiasat sebagai mati mengejut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya