PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Tian Chua dan empat pemimpin MUDA hadir ke Ibu pejabat Polis (IPD) Dang Wangi bagi memberi keterangan berhubung perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan berhampiran Dataran Merdeka dekat sini, Sabtu lalu.
Antara dipanggil adalah Setiausaha Agung MUDA, Amir Abd. Hadi; Naib Presiden MUDA, Dr. Thanussha Farncis Xavier; AJK MUDA, Dr. Teo Lee Ken dan Dr. Mathen Nair.
Sementara itu, Tian Chua berkata, walaupun disiasat, beliau bersyukur atas sifat berani ditonjolkan generasi muda terhadap krisis negara yang semakin meruncing.
“Tidak patut pemerintah menindas, pandemik semakin teruk. Rakyat tertekan jadi tiada pilihan lain melalui jalan raya.
“Saya bersama dalam perhimpunan itu untuk menunjukkan solidariti. Inilah anak muda yang kita mahu, walaupun ambil risiko namun mereka prihatin dengan nasib negara,” katanya kepada pemberita di luar IPD Dang Wangi hari ini.
Kesemua mereka yang tiba kira-kira pukul 12 tengah hari kini dalam proses dirakam percakapan kepada polis.- UTUSAN ONLINE