Kluster perindustrian penyumbang terbesar Covid-19 di Kluang - Utusan Malaysia

Kluster perindustrian penyumbang terbesar Covid-19 di Kluang

SESI Townhall Inisiatif Pemimpin Advokasi Covid (I-PAC) Kluang 2021 secara maya melalui laman Facebook Pejabat Daerah Kluang, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Kluster perindustrian dikenal pasti sebagai penyumbang terbesar kes jangkitan Covid-19 di daerah ini yang sehingga kini sudah meragut 26 nyawa.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kluang, Dr. Linayanti Rosli berkata, daerah itu juga menjadi daerah ketiga penyumbang terbesar angka kes Covid-19 di negeri ini.

Katanya, jangkitan itu membabitkan sebanyak 2,233 kes daripada 20,967 jumlah keseluruhan kes di negeri ini yang dicatatkan dari 12 Ogos lalu hingga semalam.

“Ketika ini terdapat 25 kluster yang sedang aktif berlaku di daerah ini dan sebahagian kluster iaitu kira-kira satu pertiga daripadanya membabitkan kluster industri selain kadar kematian purata kira-kira dua hingga tiga kes sehari.

“Selain itu perkara yang turut membimbangkan kita adalah kes-kes yang berada dalam komuniti yang bersifat sporadik dan tidak ada kaitan dengan apa-apa kluster berkenaan.

“Kes jangkitan terhadap segelintir pekerja kilang pula merebak dengan cepat disebabkan mereka duduk dalam jangka masa yang panjang dan terdapat ramai warga asing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran dan Sesi Townhall Inisiatif Pemimpin Advokasi Covid (I-PAC) Kluang 2021 secara maya melalui laman Facebook Pejabat Daerah Kluang di sini hari ini.

Antara kluster industri berkenaan adalah Jalan Firma Kluang (313 kes), Taman Perindustrian Sinaran (68 kes), Jalan Nagaria (200 kes), Jalan Batu Empat Kluang (123 kes), Jalan Gemilang (32 kes) dan Jalan Haji Manan (25 kes).

Dr. Linayanti berkata, oleh itu pihaknya mengulangi peringatan bahawa tanggungjawab mencegah wabak berkenaan sewajarnya dipikul bersama dengan seluruh lapisan masyarakat.

“Kita bukan sahaja perlu belajar menanganinya tetapi juga hidup dengannya, sejak awal tahun kita mahu komuniti menjadi petugas barisan depan, kami barisan petugas hadapan masih lagi melakukan tugas yang asal.

“Andalah (masyarakat) petugas barisan hadapan sebenar dan kita mulakan dengan ketua-ketua masyarakat untuk memperkasakan dan menurunkan kes dan mengurangkan kadar kematian,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, baru-baru ini wujud sebuah kluster membabitkan pusat jagaan warga emas di Renggam yang berpunca akibat menolak vaksin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya