SANDAKAN: Pasukan penyelamat berjuang hampir 11 jam bagi memadam kebakaran yang memusnahkan penempatan atas air di Kampung Bahagia, di sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, dianggarkan 1,000 rumah tidak kekal musnah sepenuhnya, sekali gus mengakibatkan kira-kira 8,000 penduduk hilang tempat tinggal. Ketua Zon 6 Sandakan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Jasri Ab Jal berkata, seramai 37 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan…










