Khairy 'haramkan rokok' di negara ini? - Utusan Malaysia

Khairy ‘haramkan rokok’ di negara ini?

POSTER TN50 ketika Khairy bercakap mengenai jualan rokok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Laman Facebook Public Health Malaysia, platform maklumat mengenai perkembangan dan isu berkaitan kesihatan awam hari ini memetik kembali ‘pemikiran’ Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mengenai dasar ‘mengharamkan rokok’ di negara ini.

Petikan berita pada 2017 itu mengungkap kembali kenyataan Khairy, ketika itu Menteri Belia dan Sukan, mengenai aspirasi penting itu dalam agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Kebetulan, Khairy pada hari ini diumumkan sebagai Menteri Kesihatan yang baharu, menggantikan Datuk Seri Dr. Adham Baba.

“Hebat Menteri Keishatan kita. Sejak 2017 sudah fikir untuk tamatkan produk tembakau. Kami support (sokong) YB (Yang Berhormat,” tulis admin Public Health Malaysia.

Pada 2017, Khairy berkata, aspirasi berkenaan dapat direalisasikan dengan kerjasama dan sokongan semua pihak berkaitan.

“Bila saya tanya orang muda, pada tahun 2050, adakah mereka setuju sekiranya rokok diharamkan, sambutannya adalah ‘ya’ dan menggalakkan.

“Itu keputusan yang bakal kita buat (cadangan haram rokok). Mana-mana saya pergi, sokongan untuk tidak lagi jual rokok pada 2050 seperti Brunei, sangat menerima sokongan. Perkara ini akan dikemukakan kepada kerajaan,” katanya.

Khairy berkata, mentaliti, sikap dan nilai dimiliki rakyat memainkan peranan untuk memastikan keberhasilan TN50.

“Ia memberi beban kepada sistem pendidikan, paling penting adalah (peranan) keluarga, ibu bapa dan masyarakat.

“Perubahan mentaliti juga perlu dibuat menerusi kempen untuk tunjuk sikap tertentu yang perlu diubah, membabitkan isu seperti kebersihan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya