PDRM tidak campuri urusan adat Negeri Sembilan

PDRM tidak campuri urusan adat Negeri Sembilan

ALZAFNY AHMAD
ALZAFNY AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghormati Adat Perpatih serta Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 yang menjadi teras kedaulatan pemerintahan, pentadburan dan perpaduan negeri ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, sehubungan itu pihaknya tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan agama, adat resam serta peruntukan yang termaktub di bawah undang-undang tersebut.

Katanya, pada masa sama, polis akan memastikan keselamatan, ketenteraman awam dan keamanan negeri sentiasa terpelihara termasuk melindungi nyawa dan harta benda orang ramai.

“Orang ramai dinasihatkan supaya bertenang dan tidak melibatkan diri dalam mana-mana pihak yang terbabit selain tidak membuat sebarang spekulasi.

“Berikan ruang kepada proses yang sedang berjalan tanpa sebarang gangguan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, orang ramai juga diminta agar bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan, ulasan atau perkongsian sama ada secara fizikal mahupun di platform digital.

Alzafny berkata, penyebaran kandungan yang boleh menimbulkan kekeliruan, keresahan awam atau menyentuh sensitiviti melibatkan 3R iaitu agama, raja dan kaum perlu dielakkan.

“Mana-mana perbuatan berbentuk ugutan, provokasi, hasutan, fitnah atau penyebaran maklumat palsu akan diambil mengikut UTUSAN peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya.

Media melaporkan kerajaan negeri tidak mengiktiraf tindakan Undang Yang Empat mengisytiharkan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dilucutkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN