PUTRAJAYA: Malaysia terus mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 19,268 kes berbanding semalam, 20,579 kes manakala kes sembuh iaitu 21,257 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 295 kematian dicatatkan dengan 1,033 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 476 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 265,713 kes aktif.
Katanya, Selangor yang kekal menjadi penyumbang terbesar merekodkan sebanyak 3,567 kes dan buat pertama kali, mencatatkan kes baharu di bawah 4,000 selepas kali terakhir jumlah terbabit direkodkan pada 7 Julai lalu.
“Selain itu, Sabah (2,310), Johor (2,265), Kedah (2,084), Sarawak (2,028), Pulau Pinang (1,780), Kelantan (1,308) dan Perak (1,144).
“Lima negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Pahang (788), Kuala Lumpur (672), Terengganu (544), Melaka (395) dan Negeri Sembilan (269) manakala Perlis (71) serta Putrajaya (41) dan Labuan pula hanya dua kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.










