Kes jangkitan dalam industri boleh dikurangkan jika dikesan awal - Utusan Malaysia

Kes jangkitan dalam industri boleh dikurangkan jika dikesan awal

PETUGAS perubatan melakukan ujian saringan Covid-19 ke atas seorang pekerja kilang di Meru, Klang. -UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengakui jangkitan Covid-19 dalam sektor ekonomi tidak boleh dielakkan, namun jumlah kes boleh dikurangkan sekiranya ia dapat dikesan lebih awal.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Chong Chee Kheong berkata, beliau sentiasa mengingatkan pihak industri supaya melakukan pengesanan awal sekiranya wujud kes jangkitan dalam kalangan pekerja mereka.

Beliau berkata, ia penting bagi memastikan penularan kes dapat dikawal lebih awal sekali gus jumlah kes dapat dikurangkan.

“Kalau kes positif dapat dikesan lebih awal, jumlah jangkitan dapat dikurangkan dan jika kes lambat dikesan, maka kes positif mungkin meningkat.

“Justeru, syarikat dinasihatkan menyertai inisiatif Safe@Work diperkenalkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kerana ia menyediakan panduan persekitaran selamat sekali gus membantu mengelak jangkitan Covid-19 dalam industri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar khas yang turut disertai Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Shafiq Abdullah; Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Datuk Dr. Hishamshah Mohd. Ibrahim dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman.

Chee Kheong berkata, beliau sendiri pernah mengadakan beberapa sesi libat urus bersama pihak industri sebelum ini.

Beliau memaklumkan, beberapa cadangan penting turut dikongsi bersama pihak industri bagi mengawal jangkitan dan mengelak penularan kes di kawasan industri.

Menurutnya, antara cadangan dikongsi ialah majikan perlu memastikan setiap pekerja mereka divaksinasi secepat mungkin kerana ia kunci utama mengawal wabak ini.

Selain itu katanya, majikan juga perlu memastikan pekerja mereka mendapat akses rawatan segera di klinik panel sekiranya mengalami simptom.

“Pada masa sama, jika pekerja disahkan positif, mereka perlu ditempatkan di pusat isolasi, malah semua kontak rapat juga perlu diasingkan segera.

“Majikan juga perlu menyediakan sumber makanan dan minuman mencukupi kepada pekerja yang diisolasi ini bagi mengelak mereka keluar sendiri mencari makanan yang mana mungkin mendedahkan jangkitan kepada orang lain,” katanya.

Katanya, jika cadangan itu dapat dilaksanakan, beliau percaya penularan jangkitan dalam industri dapat dikawal dan kes positif dapat dikurangkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN