Kerani hilang wang simpanan RM12,600, diperdaya 'wakil LHDN' - Utusan Malaysia

Kerani hilang wang simpanan RM12,600, diperdaya ‘wakil LHDN’

MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Akibat terpedaya dengan Macau Scam yang menyamar sebagai wakil Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), seorang kerani kehilangan wang simpanannya berjumlah RM12,600 ditipu sindiket tersebut.

Ketua Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa berusia 36 tahun dari Taman Saga Indah Mentakab, Temerloh itu dihubungi suspek memberitahunya mempunyai cukai tertunggak atas syarikat yang mangsa sendiri tidak mengetahuinya.

Menurutnya, suspek memaklumkan mangsa, syarikat tersebut telah didaftarkan menggunakan namanya.

“Kemudiannya, mangsa telah disambungkan ke ‘Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang’ dan memberitahu mangsa juga terlibat dalam kes jenayah.

“Pada 5 Julai lalu mangsa mendapat pesanan menerusi aplikasi WhatsApp, individu yang mengaku sebagai anggota polis IPK Pahang cuba membuat tawaran kononnya untuk selesaikan masalah cukai dan kes jenayah tersebut, tetapi perlu membuat sedikit pembayaran.

“Susulan itu, mangsa segera pergi ke bank dan membuat pemindahan wang ke akaun bank yang diberikan suspek berjumlah RM12,600,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Wazir berkata, selepas itu, mangsa cuba menghubungi suspek namun tidak berjaya.

“Mangsa yang berasa tertipu, segera ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh untuk membuat aduan dan memohon untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya