Kelly naik satu anak tangga - Utusan Malaysia

Kelly naik satu anak tangga

KELLY Tan ketika beraksi di Kelab Golf Kasumigaseki, Kawagoe. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kelly Tan menutup pusingan ketiga acara golf wanita Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan memperbaiki kedudukan satu anak tangga selepas mengumpul 218 pukulan keseluruhan, lima atas par.

Pemain golf wanita No. 1 negara itu memulakan langkah dengan positif selepas mencatat birdie di lubang pertama, malangnya empat bogey di lubang ketiga, lapan, 10 dan 11 menyebabkan dia menamatkan hari ketiga di Kasumigaseki Country Club di Saitama dengan satu atas par 72.

Keputusan itu menyaksikan pemain berusia 27 tahun tersebut berkongsi kedudukan ke-48 bersama bintang Sepanyol, Azahara Munoz dan Kim Metrauz dari Switzerland.

Pemenang Terbuka Malaysia tiga kali itu cuba bangkit dengan melakukan birdie di lubang ke-12 dan 14, namun ia tidak mampu melonjakkannya di kedudukan lebih baik.

Kelly yang bertanding dalam Jelajah Persatuan Golf Profesional Wanita (LPGA) akan melengkapkan pusingan keempat esok dengan misi cuba memperbaiki catatan di Rio 2016 yang menyaksikan dia menamatkan aksi di tangga ke-51.

Pemain No. 1 dunia, Nelly Korda dari Amerika Syarikat (AS) kekal mendahului saingan dengan mengumpul 15 bawah par 198 selepas menamatkan hari ketiga menerusi catatan dua bawah par 69.

Aditi Ashol dari India di tempat kedua dengan 12 bawah par 201, manakala empat pemain yang mencatatkan 10 bawah par 203 berkongsi tempat ketiga iaitu Lydia Ko dari New Zealand, Hannah Green (Australia), Emily Kristine Pedersen (Denmark) dan pemain tuan rumah Mone Inami.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya