Kelantan United bukan tandingan Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

Kelantan United bukan tandingan Negeri Sembilan

MOHD. Zaquan Adha Abdul Radzak (kiri) cuba melepasi halangan pemain Kelantan United dalam aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan United nyata bukan tandingan Negeri Sembilan FC apabila tumpas 0-2 dalam aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sebentar tadi.

Turun selaku tuan rumah, Kelantan United dikejutkan dengan jaringan awal pelawat menerusi sepakan penalti ketua pasukan Mohd. Zaquan Abdul Razak pada minit ke-11 selepas terkena tangan pemain pertahanan.

Peluang terbaik tuan rumah menyamakan kedudukan hadir pada minit ke-18 menerusi rembatan Ariusdius Jais, namun berjaya ditolak keluar dengan cemerlang oleh penjaga gawang Negeri Sembilan Damien Lim.

Damien Lim terus menjadi penyelamat Negeri Sembilan apabila tandukan Gassama Alfusainey berjaya ditepis keluar sekaligus mengelakkan pintu golnya daripada dibolosi oleh penyerang kelahiran Gambia itu

Menuju minit-minit akhir perlawanan, Muhammad Asraff Aliffuddin Yasin melepaskan peluang terbaik Kelantan United menyamakan kedudukan apabila rembatan deras melewati palang gol dan keputusan 0-1 berpihak kepada Negeri Sembilan kekal hingga tamat babak pertama.

Negeri Sembilan terus bernafsu menambah jaringan pada babak kedua dan peluang terbaik hadir diminit ke-53 menerusi rembatan jarak dekat Alain Akono, bagaimanpun Mohamad Fikri Che Soh tenang menyelamatkan bola tersebut daripada membolosi pintu gol KUFC.

Akono sekali lagi menjadi duri dalam daging buat KUFC apabila hampir menggandakan jaringan buat pelawat tetapi tandukannya sekadar melewati palang meskipun
Mohamad Fikri sudah tertewas pada minit ke-69.

Francis Kone menambah derita tuan rumah apabila meledakan jaringan kedua pelawat pada minit ke-81.

KEDUDUKAN LIGA PERDANA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN