Keadaan sesak di PPV dikawal - Polis - Utusan Malaysia

Keadaan sesak di PPV dikawal – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis telah mengawal keadaan orang ramai yang beratur di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Rumah Prihatin Hotel Grand Season, Kuala Lumpur sehingga mencetuskan kebimbangan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya terkesan dengan video tular berdurasi tujuh minit dan 15 saat menunjukkan kesesakan orang ramai di lokasi tersebut.

Katanya, pihaknya telah mengambil tindakan segera dengan mengarahkan pasukan pematuhan ke PPV itu bagi mengawal keadaan.

“Hebahan telah dibuat terhadap mereka yang hafir supaya membuat penjarakan sosial dan memakai pelitup muka.

“Pasukan pematuhan mengawal keadaan di pusat tersebut sehingga program vaksinasi selesai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222 atau hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999.

Terdahulu, orang ramai melahirkan kebimbangan sekiranya tercetus satu lagi kluster baharu Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Rumah Prihatin Hotel Grand Season, Kuala Lumpur yang dibanjiri orang ramai beratur untuk mengambil suntikan vaksin.

Perkara itu dikongsikan pengguna Twitter menerusi rakaman video yang menyaksikan orang ramai beratur tanpa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan melakukan penjarakan sosial.
Menerusi video itu, didapati orang ramai termasuk warga asing dilihat beratur dengan masing-masing rapat antara satu sama lain.

Rata-rata netizen menyifatkan ia tidak seharusnya berlaku sedangkan program vaksinasi telah berlangsung sejak pertengahan tahun ini dan pihak berkuasa lebih waspada dengan situasi berlaku. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN