Hormati keputusan Seri Paduka - Utusan Malaysia

Hormati keputusan Seri Paduka

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas mahu semua pihak menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang memperkenan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, langkah itu bagi membolehkan kerajaan meneruskan segala usaha untuk menangani pandemik Covid-19 dan memulihkan ekonomi serta memperkukuh perpaduan negara.

“Pas menjunjung kasih titah Seri Paduka yang memperkenan pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kesembilan.

“Parti juga mengucapkan setinggi tahniah kepada Ismail Sabri atas pelantikan ini dan mendoakan agar beliau sentiasa dikurniakan taufik dan hidayah bagi melaksanakan tanggungjawab yang amat berat ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah berkenan melantik Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN