'Hari ini, Keluarga Malaysia kehilangan tokoh dihormati' - PM - Utusan Malaysia

‘Hari ini, Keluarga Malaysia kehilangan tokoh dihormati’ – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hari ini, Keluarga Malaysia kehilangan seorang tokoh pentadbir perkhidmatan awam yang amat dihormati dan disegani iaitu Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, yang kembali ke Rahmatullah awal pagi tadi.

Menurut Perdana Menteri, selaku bekas Ketua Setiausaha Negara, Allahyarham cukup sinonim dengan pelbagai usaha mempertingkat imej dan kecekapan tadbir urus perkhidmatan awam, bahkan komited menyumbang idea dan kepakaran termasuk dalam sektor pendidikan walaupun setelah bersara.

“Sebagai Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Majlis Raja-Raja, Allahyarham juga memainkan peranan yang sangat signifikan dalam memartabatkan syiar Islam di dalam negara.

“Justeru, pemergian Allahyarham yang bagi saya adalah seorang negarawan, merupakan suatu kehilangan besar buat negara. Jasa bakti Allahyarham akan terpahat dalam lipatan sejarah Malaysia sampai bila-bila. Salam takziah buat ahli keluarga Allahyarham atas pemergian insan tersayang dan saya doakan agar tabah menghadapi detik yang mendukacitakan ini. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan diangkat darjatnya bersama para anbia. Al-Fatihah,” katanya.

Bekas Ketua Setiausaha Negara itu menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi di sebuah hospital kerana komplikasi Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN