Gaza: 'Terima kasih Sultan Kelantan' - Utusan Malaysia

Gaza: ‘Terima kasih Sultan Kelantan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: ‘Teirma kasih kepada Sultan Kelantan dan kerajaan negeri Kelantan’.

Demikian tulis Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri dalam laman media sosial miliknya merujuk kepada projek pembangunan di Gaza.

Menurut beliau, ia membabitkan projek baik pulih bangunan pertama di Gaza selepas perang, bermakna Malaysia mendahului seluruh dunia dalam membaik pulih bangunan yang terkesan.

“Di waktu negara-negara lain ragu-ragu dan takut untuk membantu Gaza kerana ancaman dipinggirkan dan sekatan menyalurkan kewangan, kita membuktikan bahawa tidak ada yang dapat berdiri di depan semangat setiakawan antara dua buah negara yang hebat dan berdaulat ini.

“Terima kasih kepada Sultan Kelantan dan kerajaan negeri Kelantan yang menjadi penyumbang utama projek ini, selain rakyat Malaysia yang menyumbang melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah Aid4Palestine.

“Teruskan menyumbang, teruskan peduli, teruskan bersatu dan jangan berpecah belah, perjuangan kita masih panjang,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.