Dua ditahan ceroboh pangkalan TUDM - Utusan Malaysia

Dua ditahan ceroboh pangkalan TUDM

ANTARA barangan dirampas melibatkan dua suspek yang disyaki menceroboh pangkalan TUDM di ibu negara semalam.- IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua lelaki warga tempatan ditahan dipercayai terlibat dalam kes pencerobohan di Pangkalan TUDM, di ibu negara semalam.

Tangkapan itu susulan laporan dibuat pengawal pangkalan udara pada pukul 12.22 tengah hari semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintenden Basri Sagoni berkata, kejadian disedari pada  pukul 9.15 pagi selepas  pengadu melihat kelibat dua lelaki dalam keadaan mencurigakan di perimeter kawasan Perumahan Keluarga Angkatan Tentera.

Katanya, pengadu cuba mengejar kedua-dua suspek tetapi gagal.

“Pemeriksaan lanjut di luar tembok lokasi kejadian menemukan dua motosikal jenis Honda EX5 dan Honda Future yang disyaki digunakan suspek untuk melakukan jenayah.

“Turut ditemukan bekas berisi tembaga dan kabel elektrik disyaki diambil dari dalam kawasan pangkalan udara berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Basri berkata, susulan itu, polis menahan dua suspek berusia 19 tahun dan 35 tahun.

Jelasnya, pihaknya turut merampas dua telefon bimbit dan peralatan yang digunakan oleh suspek semasa melakukan jenayah.

“Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan dan kedua-dua suspek dibawa ke hadapan Majistret Kuala Lumpur untuk permohonan tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.