'Dine-in' lebih masa, 16 lelaki dan pengusaha restoran dikompaun RM42,000  - Utusan Malaysia

‘Dine-in’ lebih masa, 16 lelaki dan pengusaha restoran dikompaun RM42,000 

SHAFEE ABD. SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Seramai 16 pengunjung dan seorang pengusaha sebuah restoran di Jalan Perusahaan Bukit Tengah di sini, dikompaun keseluruhan RM42,000 selepas didapati makan di dalam kedai atau ‘dine-in’ melebihi masa ditetapkan.

Mereka dikesan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 itu dalam pemeriksaan oleh sekumpulan anggota polis di restoran berkenaan kira-kira pukul 11.30 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, dalam operasi itu, seramai 16 pengunjung lelaki dikompaun masing-masing RM2,000 manakala wanita pengusaha premis terbabit dikompaun RM10,000.

“Pemeriksaan polis mendapati mereka menjalankan dan terlibat dalam aktiviti tidak dibenarkan iaitu ‘dine-in’ melebihi masa yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Shafee, mereka didapati melakukan kesalahan aktiviti terlarang di bawah Peraturan 26 Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPBB) (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) (PPN) SOP Fasa 2 2021.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai mematuhi peraturan yang ditetapkan semasa PKP 3.0 dan pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas kepada pengusaha premis makanan dan orang ramai yang melanggar SOP. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya