PETALING JAYA: Sebanyak 22,642 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 1,616,244 kes.
Selangor merekodkan sebanyak 6,325 kes, diikuti oleh Sabah (3,224 kes) dan Kedah (2,279 kes).
Johor merekodkan 1,832 kes, Sarawak (1,667 kes), Kelantan (1,424 kes) Pulau Pinang (1,427 kes), Perak (1,390 kes), Kuala Lumpur (1,128 kes).
Manakala Terengganu (744 kes); Pahang (522 kes); Melaka 342 kes; Negeri Sembilan (269 kes), Perlis (44 kes), Putrajaya (21 kes) dan Labuan (4 kes). – UTUSAN










