Cendana bakal anjur Kongres Kebudayaan Kebangsaan - Utusan Malaysia

Cendana bakal anjur Kongres Kebudayaan Kebangsaan

SAIFUDDIN Abdullah beramah mesra dengan empat penerima Manfaat Inisiatif Pemulihan Cendana di bawah Prisma secara dalam talian hari ini. – IHSAN KKMM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (Cendana) bakal menganjurkan Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang berlangsung secara maya pada 13 Ogos depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Izan Satrinas Mohd. Sallehuddin berkata, acara berkenaan amat signifikan bagi memberi ‘nafas’ baharu kepada konsep erti jati diri kebudayaan nasional.

“Kami rancang menampilkan tiga tokoh dalam bidang ini antaranya penulis prolifik warisan ternama dan felo penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Faisal Tehrani,” katanya ketika berucap pada acara Pengumuman Penerima Manfaat Inisiatif Pemulihan Cendana di bawah Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (Prisma) hari ini.

Program tersebut dirasmikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah dan  dihadiri Pengerusi MyCreative Ventures Sdn. Bhd. (MCV), Noor Azmi Mohd. Said. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN