Yemen lancar operasi aman rampas semula pangkalan tentera

Yemen lancar operasi aman rampas semula pangkalan tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKALLA: Wilayah Hadramawt di Yemen melancarkan operasi untuk merampas semula pangkalan tentera secara aman selepas kemaraan besar-besaran pemisah yang disokong Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Gabenornya, Salem Al-Khanbashi membuat pengumuman itu tidak lama selepas beliau juga dilantik mengetuai pasukan Perisai Kebangsaan yang disokong Arab Saudi di Hadramawt.

“Operasi ini bukanlah pengisytiharan perang dan bukan usaha untuk meningkatkan ketegangan. Operasi ini tidak menyasarkan mana-mana kumpulan politik atau sosial dan tidak menyasarkan orang awam,” katanya menurut kenyataan disiarkan agensi berita rasmi Saba Net.

Pergerakan tentera Majlis Peralihan Selatan (STC) melalui Hadramawt dan wilayah bersebelahan Mahra, yang bersempadan dengan Oman, meningkatkan ketegangan antara Riyadh dan Abu Dhabi, dua kuasa saingan dalam kawasan yang dikuasai kerajaan Yemen.

Semalam, Pemimpin STC, Aidarus Al-Zubaidi yang disokong UAE dilaporkan mengeluarkan arahan menutup lalu lintas udara di Lapangan Terbang Aden dan menolak kebenaran pendaratan sebuah pesawat membawa delegasi Arab Saudi bagi mencari penyelesaian krisis .

Sekatan penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Aden itu adalah petanda terkini krisis yang semakin meruncing antara dua kuasa Teluk itu yang dikhuatiri bakal membentuk semula landskap perang di Yemen.

“Selama beberapa minggu dan sehingga semalam, kerajaan berusaha sebaik mungkin dengan STC untuk menamatkan ketegangan tetapi menghadapi penolakan berterusan dan sikap degil daripada Aidarus,” kata Duta Arab Saudi, Mohammed Al-Jaber di laman X.

Dalam kenyataan pada Khamis, kementerian pengangkutan yang dikawal STC menuduh Arab Saudi mengenakan sekatan udara, dengan Riyadh mewajibkan semua penerbangan yang melalui negara itu untuk pemeriksaan tambahan.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×