'Beruntunglah dikau (Siti Sarah), didoakan ratusan keluarga di Palestin' - Muhammad Nadir - Utusan Malaysia

‘Beruntunglah dikau (Siti Sarah), didoakan ratusan keluarga di Palestin’ – Muhammad Nadir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: ‘Beruntunglah dikau, diberi syahid sambil didoakan ratusan keluarga syuhada’ akhirat di bumi berkat”.

Demikian tulis Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman yang kini tinggal di Gaza mengenai pemergian bintang seni, Siti Sarah Raissuddin, 37, pagi tadi.

Menurut Muhammad Nadir, beliau tersentap dengan berita mengenai pemergian Siti Sarah dan menceritakan mengenai dihubungi artis itu sebelum raya haji baru-baru ini.

“Arwah hubungi untuk beliau ikuti program korban di Gaza.

“Masa tu saya terkejut bila beliau maklumkan nak korbankan seekor lembu dengan harga belasan ribu ringgit, bukan satu bahagian saja, seolah-olah beliau sedang mengejar memberatkan timbangan amal kebaikannya yang terakhir.

“Selepas itu beliau kerap berhubung dan bertanya tentang keadaan saudara-saudara kita di Palestin. Rupanya Allah takdirkan, nyawa beliau diambil dalam keadaan beliau memikirkan umat, peduli dengan nasib mereka malah telah didoakan ratusan penduduk di sini yang merasa daging pada tahun ini,” katanya dalam hantaran terbaharu di Facebook beliau hari ini.

Siti Sarah menghembuskan nafas terakhirnya tepat pukul 5.13 pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Berita duka itu disampaikan pihak pengurusan penyanyi bersuara emas itu, Indigital Music.

Siti Sarah yang juga isteri kepada pelawak, Shuib meninggal dunia selepas beberapa bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19.

Terdahulu, penyanyi lagu malar segar, Kesetiaan itu juga terpaksa ditidurkan untuk proses pembedahan melahirkan anak dalam kandungan yang berusia tujuh bulan.

“Semoga engkau tenang di sana, al-Fatihah,” doa Muhammad Nadir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.