Bangunan Parlimen dikawal ketat - Utusan Malaysia

Bangunan Parlimen dikawal ketat

LALUAN masuk ke Bangunan Parlimen dikawal ketat oleh pihak polis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Laluan masuk ke Bangunan Parlimen dikawal ketat oleh pihak Polis Diraja Diraja Malaysia (PDRM) setelah dipercayai beberapa ahli Parlimen pembangkang cuba memasuki bangunan itu pagi ini.

Malah beberapa jalan utama menuju ke Parlimen ditutup sehingga berlaku kesesakan di sekitar Jalan Parlimen.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, laluan utama ke Parlimen ditutup dengan diletakkan penghadang bagi mengelak kemasukan orang ramai ekoran Sidang Khas Dewan Rakyat yang sepatutnya berlangsung hari ini ditangguhkan.

Tindakan itu menyebabkan beberapa pemimpin pembangkang bertegas untuk menghadiri sidang itu meskipun ditangguhkan.

Kelmarin Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin dalam satu kenyataan memaklumkan, Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat pada hari ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan.

Pemakluman itu dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11 (3), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.