219 kematian tertinggi direkodkan, 21 kes meninggal di rumah - Utusan Malaysia

219 kematian tertinggi direkodkan, 21 kes meninggal di rumah

PETUGAS kesihatan menguruskan pengebumian jenazah pesakit Covid-19 dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam, Selangor. – UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan peningkatan kematian akibat Covid-19 sebanyak 219 kes sekali gus menjadi yang tertinggi manakala Selangor terus menjadi penyumbang terbesar dengan 105 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, selain Selangor, 41 kes di Kuala Lumpur, 24 kes di Johor, sembilan kes di Melaka, lapan kes di Pahang, tujuh kes di Negeri Sembilan, masing-masing enam kes di Kedah dan Perak, masing-masing empat kes di Kelantan dan Terengganu, tiga kes di Sabah serta masing -masing satu kes di Labuan dan Perlis.

“Kematian melibatkan 113 lelaki dan 106 wanita manakala warga asing seramai 18 orang serta 21 kes meninggal dunia di rumah dan 176 pesakit mempunyai pelbagai latar belakang penyakit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 sebanyak 15,764 kes berbanding semalam, 17,150 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 11,767 kes dengan 29 kluster dicatatkan dan 1,063 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 532 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 199,051 kes aktif.

“Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 6,067 kes diikuti Kuala Lumpur (1,536), Johor (1,222), Sabah (1,166) dan Kedah (1,108).

“Lapan negeri merekodkan kes tiga angka iaitu Negeri Sembilan (862), Perak (748), Pulau Pinang (667), Kelantan (552), Pahang (475), Melaka (463), Terengganu (425) dan Sarawak (411).

“Hanya Putrajaya mencatatkan kes dua angka iaitu 46 kes manakala Labuan Labuan (7) dan Perlis (9),” katanya.

Mengulas mengenai 29 kluster baharu, beliau berkata, 13 daripadanya adalah kluster tempat kerja, 11 kluster komuniti, tiga kluster kumpulan berisiko tinggi manakala keagamaan dan pendidikan, masing-masing satu kluster.

Katanya, Kelantan menjadi negeri tertinggi yang mempunyai kluster baharu apabila merekodkan 10 kluster dengan enam daripadanya adalah kluster komuniti.

“Kluster tempat kerja, empat di Johor, Jalan Bestari Empat di Johor Bahru (45), Jalan Industri Lapan Emas di Pontian (24), Batu 10 Skudai di Johor Bahru dan Kulai (19), Industri Lagenda Putra Lapan di Kulai (16); tiga di Pulau Pinang, Industri Perai Dua di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Selatan (35), Lintang Batu Lanchang di Timur Laut dan Barat Daya (24), Zon Dagang Bebas Perai di Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan (10).

“Bakinya, dua di Kuala Lumpur, Tapak Bina Batu Lima 2 di Lembah Pantai (179), Jalan Pusat Bandar di Kepong (19); dua di Pahang, Sungai Enggang di Rompin (14), Kampung Tanjung Balok di Kuantan (9); Sabah, Sibulu di Tenom (55) dan Kelantan, Cabang Tiga Lemal di Pasir Mas (8),” katanya.

Tambahnya, kluster komuniti, Paloh Gua Musang di Gua Musang (34), Aring Gua Musang di Gua Musang (32), Kampung Bukit Cina Kok Lanas di Kota Bharu dan Machang (22), Cabang Empat Chetok 2 di Pasir Mas (18), Kampung Kubang Telaga di Bachok (16), Kampung Dewan Kecil di Machang (10); Kerteh Tiga di Dungun, Terengganu (60); Dah Kampung Tok di Kota Setar, Kedah (39); Tembeling Tengah di Jerantut, Pahang (27); Kampung Esso Intan di Hilir Perak, Perak (22); Kampung Raya Sagil di Tangkak, Johor (13).

“Kluster kumpulan berisiko tinggi, Jalan Pekan Baru di Klang, Selangor (24); Jalan Hospital Bandar Kota Bharu di Kota Bharu, Pasir Mas dan Pasir Puteh, Kelantan (17) dan Jalan Temenggong Ahmad di Muar, Johor (9).

“Kluster pendidikan swasta, Kampung Dalam Rhu di Tumpat, Kelantan (23) dan Kluster keagamaan, Kampung Belukar Kadok di Kota Bharu, Kelantan (8),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya