PUTRAJAYA: Malaysia terus mencatatkan sedikit penurunan kes positif Covid-19 iaitu 17,236 kes berbanding 18,688 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 15,187 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 212 kematian dicatatkan dengan 1,095 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 579 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 227,230 kes aktif.
Katanya, Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 5,740 kes diikuti Kuala Lumpur (1,567), Kedah (1,328), Sabah (1,247), Johor (1,232) dan Negeri Sembilan (1,215).
“Tujuh negeri merekodkan kes tiga angka iaitu Perak (935), Kelantan (914), Pulau Pinang (908), Pahang (604), Sarawak (589), Terengganu (501) dan Melaka (360).
“Hanya satu wilayah dan satu negeri merekodkan kes dua angka iaitu Putrajaya (66) dan Perlis (22) manakala Labuan (8),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.










