11 penganjur, aktivis ‘Keluar dan #Lawan’ diambil keterangan - Utusan Malaysia

11 penganjur, aktivis ‘Keluar dan #Lawan’ diambil keterangan

ANTARA penganjur dan aktivis yang hadir di IPD Dang Wangi pagi ini untuk diambil keterangan berhubung perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’ di sekitar Dataran Merdeka pada Sabtu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 11 penganjur dan aktivis hadir di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pagi ini untuk memberi keterangan berhubung perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’ yang diadakan di sekitar Dataran Merdeka, dekat sini kelmarin.

Kesemua mereka tiba kira-kira pukul 9.40 pagi sebelum masuk ke IPD Dang Wangi untuk diambil keterangan pada pukul 10 pagi.

Antara yang dipanggil adalah aktivis Suaram, Mohamad Al Shatri; Pengasas #Undi18, Tharmelinggem Pillai dan Qyira Yusri; Mohamad Asraf Sharafi; Sevan Doraisamy; Azura Nasron; Dobby Chew dan Beverly Joeman.

Tiga lagi individu turut dipanggil iaitu Asheeq Ali, Siti Nurizzah dan Syazwani Mahmud.

Difahamkan, siasatan dijalankan di bawah Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Semalam, Utusan Online melaporkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil sebanyak 29 individu bagi diambil keterangan selepas dipercayai terlibat dengan perhimpunan itu.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullh Sani berkata, pihaknya telah memulakan siasatan ke atas penganjur dan peserta perhimpunan berkenaan di bawah peruntukan Akta 342 dan akta-akta lain.

Katanya, setakat ini, beberapa individu lain masih dalam proses dikenal pasti berdasarkan rakaman video dan gambar.

“Malah, pihak polis sehingga kini telah menerima sebanyak 20 laporan polis di seluruh negara bagi membantah penganjuran perhimpunan itu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN