Yu Fei pecah rekod Olimpik - Utusan Malaysia

Yu Fei pecah rekod Olimpik

ZHANG Yufei berjaya memecah rekod Olimpik acara 200 meter kuak kupu-kupu wanita dan memenangi emas.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO : Perenang China, Zhang Yufei berjaya memecah rekod Olimpik dalam acara 200 meter (m) kuak kupu-kupu wanita sekali gus merangkul pingat emas keduanya di Pusat Akuatik Tokyo, sebentar tadi.

Yufei,23, mempamerkan renangan cemerlang dengan mencatat masa 2 minit 03.86 saat (s) untuk mengatasi dua perenang Amerika Syarikat Regan Smith (2:05.30s) yang meraih perak dan Hali Flickinger gangsa (2:05.65s).

Perenang China itu berjaya memadam rekod dipegang rakan senegara, Jiao Liuyang yang dilakukan di Olimpik London 2012 dengan catatan masa 2:04.06s.

Yu Fei terlebih dahulu memenangi emas menerusi acara 4X200m berganti-ganti gaya bebas yang turut menyaksikan kuartet China itu memecah rekod dunia, malah dia juga merangkul perak dalam acara 100m kuak kupu-kupu yang berlangsung Isnin lalu. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya