Wanita ditahan dipercayai dera remaja OKU - Utusan Malaysia

Wanita ditahan dipercayai dera remaja OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes penderaan remaja perempuan di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju, dekat sini semalam.

Mangsa berusia berusia 13 tahun itu mengalami kesan melecur di bahagian dada, tangan, leher dan paha serta kesan luka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusof berkata, mangsa yang dihantar ke Hospital Kuala Lumpur turut didapati positif Covid-19.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut ke atas suspek yang tinggal di unit kondominium tersebut sejak 14 Julai 2020.

“Hasil siasatan turut mendapati kondominium berkenaan diduduki enam lagi kanak-kanak tetapi kesemua mereka tiada kesan kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, rumah tersebut dijaga oleh seorang wanita berumur 28 tahun.

Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu menganiaya, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

“Semua saksi yang terlibat didapati positif Covid-19 dan polis akan meneruskan siasatan selepas kesemua mereka selesai menjalani kuarantin yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN