[VIDEO] Sesak di PPV KLCC: Patuhi janji temu - PDRM - Utusan Malaysia

[VIDEO] Sesak di PPV KLCC: Patuhi janji temu – PDRM

TANGKAP layar rakaman tular di media sosial memaparkan warga asing beratur panjang di PPV Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis memohon majikan agar mematuhi janji temu bagi mengelakkan kesesakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, majikan-majikan diminta tidak menghantar pekerja mereka terlalu awal ke PPV berkenaan.

“Mohon majikan tidak menghantar pekerja terlalu awal ke PPV yang ditetapkan bagi mengelakkan kesesakan.

“Ramai pekerja warga asing dari Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan akan dihantar ke PPV KLCC. Mohon patuhi janji temu,” tegasnya dalam kenyataan hari ini.

TULAR dalam media sosial menunjukkan warga asing memenuhi ruang luar kawasan PPV KLCC. – VIDEO/NETIZEN TWITTER

Tular video menunjukkan ramai warga asing di luar kawasan PPV KLCC.

Itu menimbulkan kegusaran terhadap orang ramai susulan keadaan itu boleh menyebabkan wujud ‘kluster’ baharu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN