Ebit Lew buat laporan polis tuduhan melampau, tidak berasas hingga emosinya, keluarga terganggu - Utusan Malaysia

Ebit Lew buat laporan polis tuduhan melampau, tidak berasas hingga emosinya, keluarga terganggu

EBIT Lew keluar selepas membuat laporan di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur, baru-baru ini - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pendakwah terkenal,  Ebit Lew menyifatkan  dakwaan  terhadapnya oleh beberapa pihak berhubung isu misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin, baru-baru ini, sebagai melampau.

Beliau mendakwa, tuduhan oleh beberapa pihak termasuk penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice dan rakyat Malaysia yang tinggal di Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman atau dikenali sebagai Nadir Al-Nuri adalah tidak berasas sehinggakan mengganggu emosi ahli keluarga serta pasukannya.

Dakwanya lagi, beliau sedia menjawab segala tuduhan tersebut dalam masa terdekat ini.

“Dah lama saya diamkan, saya tidak mahu cakap apa-apa, nanti menjadi-jadi.

“Bagaimanapun, semenjak dua menjak ini, daripada live Caprice kemudian hari ini pulak Nadir (dakwaan) tular tentang saya jadi saya tampil membuat laporan polis,” katanya selepas membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD)  Dang Wangi hari ini.

Dalam pada itu, Ebit memaklumkan, pihaknya turut menafikan segala dakwaan dan tuduhan selain memaklumkan tidak pernah membuka sebarang tabung bagi menjalankan misi ke Gaza.

“Saya tidak pernah buka sebarang tabung, semua guna duit saya sendiri.

“Dakwaan susulan serah kepada peguam, termasuk saman kita akan buat. Semuanya akan mengikut proses perundangan yang betul,” ujar beliau.

Sementara itu, Datuk Hasnal Rezua Merican selaku peguam yang mewakili beliau berkata, laporan polis dibuat bagi membolehkan siasatan dilakukan jika wujud unsur-unsur fitnah berbentuk jenayah terhadap anak guamnya.

Ujarnya, pihaknya akan mulakan tuduhan sivil kepada mana-mana pihak yang mengulangi fitnah terhadap anak guamnya dan akan heret mereka yang tidak bertanggungjawab ke mahkamah.

Ebit tiba kira-kira tiba pukul 6.16 petang menaiki Toyota Vellfire dengan diiringi beberapa individu termasuk peguamnya sebelum keluar pada pukul 7 malam.

Terdahulu, Nadir yang juga Ketua Pegawai Ekslusif, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Cinta Gaza Malaysia, mendakwa pasukan misi Ebit membayar kos yang tinggi kepada sebuah syarikat bagi menguruskan kemasukan mereka ke Gaza dan tidak menggunakan khidmat NGO tempatan di Gaza.- UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.