Tiada kelonggaran SOP di zon hijau Covid-19 - Utusan Malaysia

Tiada kelonggaran SOP di zon hijau Covid-19

SAARANI Mohammad dalam sidang akhbar selepas melawat PKTK Kampung Tersusun Pondok Tanjung dan Kampung Lubuk Binjai di Bagan Serai hari ini.  - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Kerajaan negeri tidak bercadang  melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) di mukim dan daerah yang berstatus hijau kes jangkitan Covid-19.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, kelonggaran SOP tidak wajar dilaksanakan di kawasan zon hijau kerana dibimbangi menyumbang kepada penularan kes jangkitan Covid-19 yang lebih tinggi.

Menurutnya, apatah lagi ketika ini masih terdapat beberapa kawasan di negeri ini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Perlu diingat kemungkinan orang yang berada di zon merah apabila dengar hendak dilaksanakan PKPD, mereka akan lari bawa tikar bantal ke kawasan zon hijau dan mereka membawa bersama virus Covid-19.

“Saya tidak ada hasrat memberi kebebasan kepada satu-satu mukim atau daerah berstatus zon hijau kerana dalam waktu sama ada kawasan lain yang dikenakan PKPD.

“Seelok-eloknya penduduk di mana-mana zon hijau, duduk diam di rumah masing-masing, begitu juga yang dalam kawasan PKPD, dengan cara ini tidak akan ada jangkitan yang disebabkan merentas sempadan,” katanya selepas melawat Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) PKPD di Kampung Tersusun Pondok Tanjung dan Kampung Lubuk Binjai di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya