Temu ajal selepas curi buah kelapa sawit - Utusan Malaysia

Temu ajal selepas curi buah kelapa sawit

ISMAIL DOLLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Tindakan seorang lelaki yang melompat keluar dari kereta ketika sedang dibawa ke Balai Polis Yong Peng membawa kepada kematiannya di Kilometer 4 Jalan Yong Peng – Paloh, di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam kelmarin, lelaki berusia 31 tahun itu pada mulanya ditahan kerana disyaki mencuri buah kelapa sawit di sebuah ladang milik Sime Darby.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, suspek  ditangkap oleh pengawal keselamatan Sime Darby ketika sedang menunggang motosikal dengan membawa dua guni berisi buah kelapa sawit.

“Suspek yang merupakan warga tempatan kemudian dibawa pengawal keselamatan bersama dua rakan setugasnya dengan menggunakan kenderaan persendirian ke Balai Polis Yong Peng.

“Bagaimanapun, semasa berada di lokasi kejadian, suspek dikatakam tekad terjun dari kenderaan untuk melarikan diri,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut Ismail, polis yang menerima laporan kira-kira pukul 12 tengah malam bergegas ke tempat kejadian dan mendapati seorang lelaki terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di tengah jalan raya.

“Pegawai Kesihatan Klinik Kesihatan Yong Peng yang datang ke lokasi kejadian kemudian mengesahkan suspek telah meninggal dunia.

“Mayat dihantar ke hospital dan hasil pemeriksaan awal mendapati beberapa keretakan di bahagian kepala si mati, namun laporan rasmi bedah siasat belum diperolehi,” katanya. 

Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya