Tawar sogokan RM5,000, bawa rokok seludup RM1.1 juta - Utusan Malaysia

Tawar sogokan RM5,000, bawa rokok seludup RM1.1 juta

ABDULLAH Muhammad Piah menunjukan rokok bernilai RM1.1 juta yang dirampas dalam SJR Laloh. - UTUSAN/BAHRUDDIN HATTA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

pengedaran rokok seludup bernilai RM1.1 juta.

Dalam kejadian pukul 6.15 petang itu, polis menahan dua lelaki masing-masing berusia 54 dan 29 tahun serta merampas 445 peti berisi 227,500 peket rokok tanpa cukai jenama Saat yang diangkut mereka menggunakan dua lori jenis Isuzu tiga tan.

Timbalan Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah berkata, ketika melalui SJR itu, dua suspek terbabit menunjukkan surat kebenaran pergerakan dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Katanya, apabila anggota yang bertugas mahu memeriksa kenderaan yang didakwa membawa barangan runcit, dua pemandu itu berdolak-dalih sebelum suspek berusia 54 tahun menawarkan sogokan RM5,000 supaya mereka dilepaskan.

“Tawaran tersebut ditolak namun mengundang curiga menyebabkan para anggota terdiri daripada polis dan tentera segera melakukan pemeriksaan lanjut sebelum menemukan peti berisi rokok seludup.

“Kita juga mendapati nombor pendaftaran dua kenderaan terbabit palsu. Dua suspek itu direman selama empat hari mulai semalam bagi membantu siasatan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai di sini hari ini.

Jelas Abdullah, hasil soal siasat mendapati bekalan rokok itu berasal dari selatan tanah air dan diangkut masuk negeri ini untuk dipasarkan di beberapa daerah iaitu Kota Bharu, Machang, Tanah Merah dan Tumpat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1) (E) Akta Kastam 1967 dan suspek juga akan disiasat atas cubaan memberi rasuah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya