‘Sultan Johor banyak bantu orang susah’  - Utusan Malaysia

‘Sultan Johor banyak bantu orang susah’ 

SALAH seorang penerima yang mendapat kurniaan barangan keperluan daripada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Johor Bahru, Johor. - ROYAL PRESS OFFICE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Penerima sumbangan bantuan makanan kurniaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan rasa terharu mereka kerana mendapat perhatian daripada baginda ketika berada dalam kesusahan akibat pandemik Covid-19 ketika ini.

Seorang wanita warga emas, Jayuksusti, 67, mengalirkan air mata sebaik sahaja kurniaan bantuan makanan dan sumbangan peribadi daripada Sultan Johor disampaikan kepadanya di rumahnya di flat kos rendah, Jalan Camar 13, Taman Perling, hari ini.

Dia yang tinggal bersama suaminya, Mohd. Tahir Salleh, 72, terputus pendapatan apabila tiga anaknya yang bekerja di Singapura turut kehilangan pekerjaan mereka.

“Suami saya pun sudah berusia dan sebelum ini bekerja membaiki rumah secara kecil-kecilan, namun disebabkan penularan wabak Covid-19, kerja pun sudah berkurangan, malah sewa rumah juga sudah beberapa bulan tertunggak.

“Saya tidak mampu berkata-kata, syukur Alhamdulillah. Moga Allah SWT panjangkan usia Tuanku Sultan dan sentiasa murahkan rezeki baginda. Sultan Johor banyak membantu rakyat susah,” katanya seperti dilaporkan Royal Press Office (RPO), hari ini.

Seorang lagi penerima bantuan, How Lam Mah, 65, yang hidup berseorangan dengan mengutip kotak-kotak kosong turut berterima kasih diatas kurniaan yang diterima daripada baginda.

“Disebabkan faktor usia, saya tidak lagi mampu melakukan kerja-kerja berat dan terpaksa mengutip kotak-kotak kosong untuk dijual. Hasil jualan hanya beberapa ringgit sehari, cukup untuk membeli makanan harian,” ujarnya.

Mereka adalah antara 303 keluarga di Mukim Pulai dan Mukim Bandar, di sini yang menerima kurniaan bantuan makanan daripada Sultan Johor menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) pada hari ini.

Terdahulu, bantuan disampaikan Mejar Cina, Datuk David Wong dengan diiringi Ahli Majlis Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Datuk Abd. Rashid Kasman. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya