Sorok rokok seludup dalam kotak Super Ring - Utusan Malaysia

Sorok rokok seludup dalam kotak Super Ring

ROKOK seludup pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM915,000 yang disorokkan dalam kotak makanan ringan, Super Ring.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Taktik menyembunyikan rokok seludup pelbagai jenama bernilai RM915,000 dalam kotak makanan ringan, Super Ring terbongkar susulan penahanan sebuah lori di Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu, Setiu, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.20 pagi itu, polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 30-an yang merupakan pemandu kenderaan berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Marzukhi Mohd. Mokhtar berkata, pemeriksaan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau.

“Suspek direman selama 15 hari hingga 24 Julai dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN