Jho Low atur percutian kapal mewah Najib

Jho Low atur percutian kapal mewah Najib

NAJIB RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low telah beberapa kali secara peribadi mengatur percutian bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan keluarganya di atas kapal mewah.

Bekas pegawai khas Perdana Menteri Najib Razak, Datuk Wan Ahmad Shihab Ismail Wan Ismail sendiri pernah bertanya sendiri kepada Najib mengenai aturan percutian salah satu percutian kapal mewah itu dan bekas Presiden UMNO mengesahkannya serta meminta untuk teruskan.

Perkara itu dinyatakan oleh Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah ketika membaca penghakiman ringkasnya sebelum prosiding berhenti untuk solat Jumaat, hakim itu telah membaca penghakimannya hampir tiga jam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebelum berhenti prosiding juga, Hakim Sequerah memaklumkan beliau memerlukan kira-kira satu jam 30 minit untuk menghabiskan penghakimannya.

“Pada bulan Julai dan Ogos 2010, Wan Ahmad Shihab memberitahu Mahkamah bahawa Jho Low telah mengatur satu lagi percutian di atas kapal layar untuk tertuduh dan keluarganya di Greece dan Itali.

“Wan Ahmad Shihab berkata Jho Low pertama kali menghubunginya melalui BBM dan memberitahu bahawa tertuduh dan keluarganya dijemput menaiki kapal layar Putera Arab Saudi serta memberitahu saksi bahawa beliau telah dipilih oleh tertuduh sendiri sebagai pegawai bertugas.

“Wan Ahmad Shihab berkata beliau kemudian menghubungi tertuduh untuk mendapatkan pengesahan terhadap pengaturan tersebut dan tertuduh mengesahkan serta mengarahkannya untuk meneruskan (aturan percutian),” kata hakim itu.

Tambah Hakim Sequerah, keterangan Wan Ahmad Shihab disokong dengan bukti dokumen, gambar yang sekaligus bahawa kedua-dua lelaki itu saling kenal antara satu sama lain.

Dalam keterangan Wan Ahmad Shihab sebelum, beliau memberitahu Najib dan keluarganya bekas Presiden UMNO itu pernah bercuti di Itali dan selatan Perancis di atas kapal layar mewah atas jemputan beberapa kerabat diraja Asia Barat.

Menurutnya, percutian tersebut turut disertai beberapa individu termasuk Jho Low, kenalan Najib yang juga ahli perniagaan daripada Sarawak, itu, Tan Sri Bustari Yusuf, pengarah Aabar (Aabar Investments PJS Ltd) Mohamed Badawy Al-Husseiny.

Turut serta ialah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Nooryana Najwa, Nor Ashman Razak, Daniyar Kessikbayev (menantu Najib) dan Kolonel Norhayati Hassan (Pegawai Pengiring Rosmah).

Dalam salah satu percutian ke Nice, Perancis pada 4 Julai 2013, Wan Ahmad Shihab memaklumkan, anak tiri Najib, Riza Aziz dan produser filem Wolf of Wall Street, Joey McFarland turut menyertainya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini