Siti Nurhaliza gerakkan Bantuan Prihatin 2021 - Utusan Malaysia

Siti Nurhaliza gerakkan Bantuan Prihatin 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Prihatin dengan beban ditanggung masyarakat ketika musim pandemik ini, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin tampil mengambil inisiatif dengan menggerakkan program Bantuan Prihatin 2021.

Siti yang merupakan Pengasas Yayasan Nurjiwa dan Presiden CTDK Holdings Sdn. Bhd. dalam kenyataan berkata, program bantuan ini memfokuskan kepada pengagihan barangan keperluan kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah untuk keluarga yang tinggal di kawasan yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) seluruh Selangor dan Kuala Lumpur.

“Sasaran kami adalah untuk membantu 1,500 keluarga yang terjejas akibat pandemik sewaktu PKP dan PKPD ini. Ianya akan dilakukan secara berperingkat.

“Justeru, saya berharap agar lebih ramai pihak yang akan sertai kami sebagai Rakan Kolaborasi Prihatin bagi program bantuan ini,” katanya.

Dalam kenyataan sama, Siti menzahirkan ucapan terima kasih kepada beberapa Rakan Kolaborasi Prihatin seperti Ikhlas.com, Mommyhana Creative Sdn.Bhd, Yayasan Rosni Noor dan L&K Multivision Sdn.Bhd. yang bersama-sama menjayakan program murni ini.

“Sejak pandemik melanda, pelbagai pihak tidak berhenti menyalurkan bantuan. Saya terharu dengan sikap prihatin yang ditunjukkan oleh rakyat.

“Hari ini kita terus kuat bersatu dan menjadi sebuah keluarga besar tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan dan sebagainya,” katanya lagi.

Bagi mereka yang ingin memohon bantuan ini boleh berbuat demikian dengan melengkapkan maklumat yang diperlukan menerusi https://forms.gle/g4WzEVHYsTt9pC548

Dalam pada itu, orang ramai juga dialu-alukan untuk memberi sumbangan bagi Tabung Bantuan Khas Palestin dan Covid-19.

Untuk menyumbang, klik pautan https://kita.fund/YNJCTDKHoldings atau layari laman web Kita Fund.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya