Sindiket seludup arak tumpas - Utusan Malaysia

Sindiket seludup arak tumpas

EMPAT suspek warga tempatan yang sedang memunggah arak tanpa cukai ditahan Batalion 5 PGA di Jalan 7, Taman Delima, di Kluang, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Sejumlah arak tidak bercukai dianggarkan bernilai RM192,900 dirampas manakala empat lelaki tempatan ditahan polis dalam serbuan di Jalan 7, Taman Delima, di sini petang semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintenden Dimin Awang berkata, suspek berusia lingkungan 22 tahun hingga 31 tahun itu ditahan ketika sedang memunggah arak tidak bercukai dari sebuah lori ke sebuah van.

Beliau berkata, pihaknya percaya susulan penangkapan itu melumpuhkan kegiatan sindiket pengedaran arak tidak bercukai yang berlaku di daerah ini.

“Semalam pada pukul 5.30 petang, sepasukan polis dari Batalion 5 PGA  menahan empat lelaki tempatan yang sedang memunggah arak tidak bercukai dari sebuah lori ke sebuah van di Jalan 7, Taman Delima, di sini.

“Hasil pemeriksaan ke atas kedua-dua kenderaan yang digunakan suspek telah merampas 300 kotak bersamaan 3,600 botol arak jenama Tsingtao yang tidak mempunyai cukai kastam.

“Anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM352,900. Tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Dimin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN