Sindiket seleweng LPG bersubsidi  lumpuh - Utusan Malaysia

Sindiket seleweng LPG bersubsidi  lumpuh

BAHAGIAN Penguat kuasa KPDNHEP menyerbu sebuah stor dijadikan lokasi penyelewengan LPG bersubsidi di Seremban dan Port Dickson, Negeri Sembilan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai enam lelaki termasuk empat warga Myanmar ditahan dalam satu serbuan di sebuah stor yang dijadikan lokasi penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi di Seremban dan Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam. 

Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam berkata, serbuan terbabit melumpuhkan sindiket yang menjadikan stor tersebut sebagai tempat untuk memindahkan gas LPG bersubsidi 14 kilogram (kg) ke dalam tong gas LPG kegunaan industri dan kepada tin gas untuk kegunaan dapur portable 230 gram. 

Katanya, operasi itu hasil risikan yang dijalankan selama tiga minggu manakala premis tersebut beroperasi menjalankan aktiviti ‘decanting’ sejak dua bulan lalu.

“Pemeriksaan menemukan sebanyak 126 tong 50 kg LPG (berisi dan kosong) untuk kegunaan industri, 136 tong 14 kg (berisi dan kosong) untuk kegunaan domestik dan 1500 Tin Liquefied Butane Catridge (berisi dan kosong) serta pelbagai peralatan pemindahan gas LPG seperti hos paip, alat timbang dan beberapa bungkus plastik ais bagi tujuan aktiviti memproses pemindahan gas LPG manakala sebuah lori kargo am had muatan lima tan yang dipenuhi dengan tong gas LPG 14 kg turut disita. 

“Modus operandi sindiket ini ialah menerima tong-tong yang berisi LPG domestik 14 kg bersubsidi daripada pemborong di sekitar Klang dan Beranang, Selangor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, tong-tong LPG bersubsidi tersebut tidak dihantar ke tempat yang sepatutnya yang terdiri dari peruncit-peruncit.  – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya