“Saya juga telah kehilangan impian dan janji…” - Nenek Caprice meninggal dunia - Utusan Malaysia

“Saya juga telah kehilangan impian dan janji…” – Nenek Caprice meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Nenek aktivis terkenal, Caprice menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.

Berita duka itu disampaikan Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli menerusi Instagramnya sebentar tadi.

“Hari ini ketika Subuh, saya telah kehilangan nenda tersayang.

“Saya juga telah kehilangan impian dan janji untuk membawanya tinggal sebumbung bersama ibu bapa saya di Kuala Lumpur.

“Saya memohon maaf kerana tidak mampu mengotakan janji dan bersama awak hari ini. Al-Fatihah,” tulisnya.

Caprice dalam pada itu dihujani ucapan takziah dari netizen.

Tidak ketinggalan menyampaikan ucapan takziah adalah rakan selebriti antaranya pelakon Zarina Zainuddin, pengacara dan aktivis, Mizz Nina dan pelakon, Nadia Brian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya