Sabah gagal tamatkan badi kekalahan - Utusan Malaysia

Sabah gagal tamatkan badi kekalahan

PEMAIN tengah PJ City, Mahali Jasuli mengasak pertahanan Sabah, Park Tae-Soo. -Ihsan MFL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Jaringan Sunil Chandran pada minit terakhir perlawanan berjaya menghadiahkan tiga mata berharga buat pasukan Petaling Jaya City (PJ City) ketika menewaskan Sabah 1-0 dalam aksi Liga Super, sebentar tadi.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, kedua-dua pasukan gagal menjelmakan sebarang jaringan pada babak kedua.

Ketika perlawanan dilihat bakal berakhir dengan keputusan seri, Sunil muncul wira pasukan PJ City apabila meledakkan gol kemenangan pada minit ke-89.

Keputusan itu juga menyaksikan, kemenangan kedua pasukan bimbingan P Maniam ke atas skuad Tambadau selepas turut menang 1-0 pada aksi di Stadium Likas, pada 13 Mac lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN