RumahPrihatin@GrandSeasons diperkenal bantu rakyat terkesan

RumahPrihatin@GrandSeasons diperkenal bantu rakyat terkesan akibat Covid-19 

ANNUAR MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Wilayah Persekutuan memperkenalkan RumahPrihatin@GrandSeasons iaitu pusat kediaman berkonsepkan hotel kebajikan bagi membantu rakyat yang terkesan akibat Covid-19 khususnya golongan miskin bandar di Wilayah Persekutuan.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, Inisiatif RumahPrihatin@GrandSeasons ini dibuka secara berperingkat mulai 15 Julai ini di premis Hotel Grand Seasons, Jalan Pahang berhadapan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Beliau berkata, inisiatif itu dikendalikan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) di bawah payung Wilayah Persekutuan Wilayah Prihatin. 

RumahPrihatin@GrandSeasons menghimpunkan, mengkordinasi dan merawat individu yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Ia juga dilaksanakan secara bersama dengan sokongan sukarelawan, persatuan, organisasi korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, lima komponen utama diwujudkan di rumah prihatin itu iaitu Dapur Prihatin (penyediaan makanan percuma sehingga 1,000 pek sehari) dan Bilik Penginapan Prihatin (300 bilik pada harga minimum).

Selain itu, Annuar berkata, komponen lain termasuk Khidmat Kesihatan Mental Prihatin atau KMMP iaitu penyediaan khidmat kaunseling kepada individu terkesan Covid-19 dan Khidmat Vaksinasi Prihatin (perkhidmatan vaksinasi dengan kapasiti 800 orang sehari).

“Kami juga memperkenalkan Pusat Gerakan Jejak Prihatin (PGJP) iaitu pusat bagi Sukarelawan Wilayah Prihatin (PriVo),  Majlis Perwakilan Penduduk, AJK Surau Masjid, Persatuan Penduduk dan NGO,” katanya.

Katanya, kementerian berharap usaha murni ini dapat membantu dalam menyelaraskan penyaluran bantuan serta perkhidmatan di Wilayah Persekutuan.

RumahPrihatian@GrandSeasons diwujudkan hasil kerjasama YWP, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya (PPj), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Agensi lain yang turut menyokong termasuk Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan, Yayasan Persahabatan Malaysia (PERMAI), Yayasan Kemiskinan Kelantan, Pertubuhan Muafakat Nasional, PriVo dan lain-lain ini.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang www.yayasanwp.org/rumahprihatin atau e-mel ke [email protected] atau hubungi helpline di talian 01171107898. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya