Rekod tertinggi 29 kluster, korban Covid-19 - Utusan Malaysia

Rekod tertinggi 29 kluster, korban Covid-19

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan kematian akibat Covid-19 tertinggi sejak pandemik melanda negara iaitu 135 kes sekali gus mengatasi rekod terdahulu pada 2 Jun lalu iaitu 126 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor menjadi penyumbang terbesar iaitu 63 kes diikuti Kuala Lumpur, 24 kes; sembilan kes di Johor, masing-masing lapan kes di Negeri Sembilan dan Melaka, masing-masing empat kes di Sarawak dan Kelantan, masing-masing tiga kes di Sabah, Pahang dan Perak, masing-masing dua kes di Pulau Pinang dan Putrajaya, serta masing-masing satu kes di Terengganu dan Labuan.

“Seramai 79 lelaki termasuk 10 warga asing 56 wanita termasuk enam warga asing berusia antara 29 hingga 90 tahun dengan melibatkan 79 warga emas, 31 kes tiada penyakit dan 20 kes meninggal di rumah.

“Baki pesakit dikesan mempunyai pelbagai penyakit antaranya, kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, jantung, buah pinggang, paru-paru, asma, kanser, obesiti, strok, hati, tiroid, saraf, Degenerative Disc Disease (DDD) dan Prolapse Intervertebral Disc (PID),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 melebihi 8,000 iaitu 8,868 kes berbanding semalam, 7,097 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 5,802 kes dengan 952 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 445 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 77,275 kes aktif.

Katanya, Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 4,152 kes diikuti Kuala Lumpur (1,133), Negeri Sembilan (897), Perak (543), Kedah (360), Johor (336), Sarawak (281), Sabah (279) dan Pulau Pinang (237).

“Tiga negeri merekodkan kes di bawah 200 iaitu Melaka (183), Pahang (152) dan Kelantan (135).

“Hanya dua negeri dan dua wilayah catat kes di bawah 100 iaitu Terengganu (68), Labuan (64), Putrajaya (47) dan Perlis hanya satu kes,” katanya.

Mengulas mengenai 29 kluster baharu, beliau berkata, Kluster tempat kerja mencatatkan 19 kluster diikuti lapan kluster komuniti manakala kluster kumpulan berisiko tinggi dan pendidikan tinggi, masing-masing satu kluster.

Katanya, Kluster Jalan Radin Dua (18 kes), Kluster Jalan Medan Putra (12 kes), Kluster Taman Perusahaan Kepong (tujuh kes), Kluster Tapak Bina Jalan Sri Permaisuri (132 kes), Kluster Industri Jaya Sungai Buloh (16 kes) dan Kluster Putra Dua (13 kes).

“Selain itu, Kluster Industri Sungai Lalang (52 kes), Kluster Tapak Bina Jenderam Hilir (32 kes), Kluster Industri Bunga Tanjung (39 kes), Kluster Industri Sendayan Metropark (32 kes), Kluster Industri Emas Satu (103 kes), Kluster Jalan Daiman (11 kes) dan Kluster Jalan Harmonium 33 (lapan kes).

“Kluster lain ialah Kluster Industri Bakri Empat (13 kes), Kluster Jalan Tanah Putih (25 kes), Kluster Jalan Gebeng 1/11 (15 kes), Kluster Industri Jalan Stapunal (16 kes), Kluster Lebuh Pantai Baru (22 kes) dan Kluster Dah 90 Industri Sungai Petani (20 kes),” katanya.

Tambahnya, Kluster Tanjung Mas (15 kes), Kluster Kampung Batu 8 1/4 (10 kes), Kluster Kampung Istimewa 2 (27 kes), Kluster Lumadan (46 kes), Kluster Bandar Baru Sentul 2 (55 kes), Kluster Sega (19 kes), Kluster Taman Tasek Solok Dua (19 kes), Kluster Titian 2 (37 kes), Kluster Jalan Ria (29 kes) dan Kluster Jalan Jenderam Hulu (15 kes).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya