Puluhan aktivis haiwan protes depan kilang McDonald's - Utusan Malaysia

Puluhan aktivis haiwan protes depan kilang McDonald’s

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kumpulan aktivis haiwan memasang penghadang di satu-satunya kilang di United Kingdom yang menghasilkan roti burger daging lembu McDonald’s dalam usaha menyakinkan gergasi makanan segera itu beralih kepada menu berasaskan tumbuhan.

Lapor Daily Mail, berpuluh-puluh peserta protes memasang penghadang di luar kawasan kilang OSI Food Solutions di Scunthorpe, malam semalam.

Para penunjuk perasaan berkata, mereka akan tinggal di situ selama mana yang diperlukan menggunakan trak, khemah dan struktur buluh bagi menghentikan kemudahan pengedaran burger dan mendesak mereka beralih kepada menu berasaskan tumbuhan.

Pakar Geokimia dan Kesihatan, University of Winchester, Prof. Joy Carter berkata, tiada peluang kedua untuk mengelakkan kerosakan iklim kerana kita hanya mempunyai satu peluang untuk mendapatkan hak tersebut.

“Kita perlu mengubah sistem makanan secara radikal dan mesti bermula dengan industri daging dan tenusu.

“Sehingga kita membuat perubahan sistematik berskala besar dan bergerak ke arah sistem makanan berasaskan tumbuhan sekiranya tidak mahu menghancurkan planet kita,” jelasnya.

Menurut risalah dalam talian, OSI Food Solutions UK adalah pembekal eksklusif produk daging merah ke rangkaian restoran McDonald’s di UK.

Animal Rebellion mendakwa kilang itu menghasilkan tiga juta burger sehari dan menuntut McDonald’s menyediakan produk makanan berasaskan tumbuhan sepenuhnya pada 2025.

Kumpulan aktivis itu berjanji akan menamatkan sekatan sekiranya McDonald’s membuat langkah pertama ke arah komitmen menjadikan 20 peratus makanan berasaskan tumbuhan dalam tempoh setahun.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya