KUALA LUMPUR: Penyanyi, Didi Astillah menolak pelbagai dakwaan abang iparnya yang juga pelakon Aliff Aziz mengenai kakaknya, Bella Astillah menerusi sebuah podacast di Youtube baru-baru ini.
Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah menyifatkan, kenyataan Aliff, yang antara lain menyebut tentang pergolakan rumah tangganya menerusi podcast itu sebagai satu pembohongan untuk kepentingan peribadi.
“Jadi inilah perancangan akhir dengan si Ruhainies itu ya, podcast jalan terakhir nak jatuhkan Kak Long, lepas pakai ‘tentera siber’, tak jalan.
“Dan adakah ini yang anda sifatkan rumah tangga bergolak? Engkau orang semak tarikh, rumah tangga mereka elok sahaja,” kongsinya di Instagram, baru-baru ini.
Alif ketika diwawancara menerusi podcast berkenaan mendakwa hubungannya dengan Bella mula renggang sejak November tahun lepas.
Namun Didi menafikan perkara itu, mendedahkan hubungan suami isteri itu pada tempoh yang dinyatakan tidak bermasalah seperti yang didakwa.
Didi dalam luahan sama turut mempersoalkan dakwaan Aliff yang dianggapnya keterlaluan.
“Sampai hati abang tipu orang untuk kebaikan diri sendiri dan si R. Inikah balasan abang terhadap pengorbanan kami sekeluarga dibandingkan dengan keluarga si R yang baharu abang kenal.
“Layanan bak puteri yang awak cakap bagi dekat Kak Long hanya berterusan beberapa bulan terakhir sampailah penggambaran dengan si R habis semua password ditukar,” kongsinya lagi.
Aliff pada 9 Mac lepas ditangkap khalwat bersama Ruhainies di sebuah kondominium mewah, di sini.
Susulan itu, Bella pada bulan sama telah memfailkan permohonan cerai terhadap Aliff namun penyanyi lagu Amarah Cinta itu enggan melepaskan isterinya atas alasan masaih sayangkan keluarga.










