'Pulang ke rumah, isteri pula dihantar jalani kuarantin'  - Utusan Malaysia

‘Pulang ke rumah, isteri pula dihantar jalani kuarantin’ 

MI HAMIDI Nipah sebelum dihantar pulang ke Kampung Pagi, Hulu Tembeling, Pahang pada 3 Jun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Selepas menempuh pengalaman pemulihan di pusat kuarantin, bekas pesakit Covid-19, Mi Hamidi Nipah, 51, terpaksa menerima hakikat isterinya pula dijangkiti pandemik tersebut.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mi Hamidi yang juga Imam Masjid Kampung Pagi, Hulu Tembeling dekat sini memberitahu, isterinya, Solehah Mat Sa, 48, yang sah dijangkiti virus Covid-19 dimasukkan ke pusat kuarantin di Bandar Jengka, Maran pada 10 Jun lalu.

Katanya, dia kehilangan abangnya, Ahmad, 67,  pada 1 Jun lepas akibat serangan virus Covid-19.

“Walaupun saya sudah sihat selepas keluar dari pusat kuarantin di Bentong pada 3 Jun lalu, kesannya masih terasa apabila kepala mengalami sakit ringan dan kadangkala badan berasa letih dan lesu,” katanya di Kampung Pagi, Hulu Tembeling dekat sini hari ini.

Menurut Mi Hamidi, dia dihantar ke pusat kuarantin pada 28 Mei lalu selepas menjalani ujian swab dan disahkan dijangkiti Covid-19 berikutan keadaan kesihatannya merosot selepas seminggu sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Katanya, dia demam dan mengalami simptom seperti kehilangan deria rasa dan bau disusuli dengan sakit di bahagian tekak.

Dia berkata, seminggu sebelum itu, abangnya yang juga bilal Masjid Kampung Pagi, Ahmad Nipah, 67, dibawa ke sebuah hospital di Kuantan akibat sesak nafas yang teruk setelah disahkan mengalami jangkitan kuman Covid-19 hasil saringan pada hari raya kedua.

“Ketika di pusat kuarantin, saya mendapat berita sedih mengenai kematiannya,” ujarnya.

Dia berkata, berita kematian itu amat menyedihkannya dan reda serta beristiqamah menerima ujian Allah SWT.          

“Ketika saya pulang ke sini (Kampung Pagi) ramai saudara-mara dan penduduk mula bergejala Covid-19 dan sebilangannya sudah dihantar ke pusat kuarantin di Kuantan, Bentong dan Bandar Jengka.

Susulan jangkitan drastik, Kampung Pagi yang terletak di pedalaman Hulu Tembeling diisytiharkan oleh Majlis Keselamatan Negara di bawah penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 2 hingga 15 Jun.

Mi Hamidi berkata, pengalaman selama seminggu berada di pusat kuarantin banyak memberikannya pengajaran mengenai bahaya jangkitan pandemik Covid-19.

“Kita perlu mengamalkan disiplin supaya jangan keluar rumah, mematuhi prosedur operasi standard (SOP). – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya