Polis soal siasat petugas kesihatan terlibat Hartal - Utusan Malaysia

Polis soal siasat petugas kesihatan terlibat Hartal

Gerakan Hartal Doktor Kontrak akan berjumpa Menteri Kesihatan dalam masa terdekat bagi berbincang isu perkhidmatan pegawai perubatan berkenaan. -UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Petugas kesihatan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang yang terlibat dalam mogok doktor kontrak disoal siasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Hartal Doktor Kontrak, Asheeq Ali dalam akaun Twitter beliau hari ini.

Menurut beliau, pihak polis telah mengambil keterangan doktor dan jururawat terlibat bermula 11.45 malam.

“Siasatan selesai pukul 3.50 pagi. Seramai 12 Doktor yang menyertai Hartal Doktor Kontrak telah diambil keterangan. PDRM akan sambung esok untuk doktor yang tidak bertugas malam ini.

“Siasatan ini berhubung kehadiran media di MAEPS yang dikatakan hadir tanpa kebenaran,” katanya.

Menurut Asheeq, beliau dimaklumkan siasatan dilakukan susulan laporan polis yang dibuat oleh pegawai Kementerian Kesihatan iaitu Pengarah Pusat Rawatan MAEPS berkenaan kehadiran media.

“Walau apa pun hendak ambil keterangan awal pagi macam ni selama empat jam di waktu mereka bertugas menyelamatkan negara adalah satu intimidasi yang tidak boleh dikompromi.

“They are doktor, not criminals (mereka doktor bukan penjenayah,” tegasnya.

Semalam Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba memberi jaminan tidak akan mengenakan apa-apa tindakan ke atas sekumpulan doktor kontrak yang melakukan solidariti aman pada Isnin lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, beliau berkata, mereka berhak berbuat demikian bagi menyuarakan pandangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya